Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips untuk memilih warna tudung yang bersesuaian dengan warna tone anda.
Jadi pada minggu ini saya akan berkongsikan dengan anda warna yang sesuai untuk anda yang berkulit cerah! Untuk anda yang memiliki warna tone kulit putih anda amat beruntung kerana boleh mengayakan kebanyakkan warna tudung tanpa sebarang masalah.
Warna seperti hijau, merah, hitam dan biru amat bersesuaian dengan warna kulit anda. Dan anda boleh elakkan memakai warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti soft green atau kuning cair kerana ianya akan membuat anda kelihatan pucat.
Bagi anda yang memiliki warna kulit kuning langsat anda amat sesuai untuk mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink, biru dan kuning.
Warna-warna ini akan membuat anda tampak lebih menyerlah. Anda boleh elakkan daripada memakai warna-warna seperti oren, hitam, gold dan kelabu kerana watna-warna ini akan membuat anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Bagi anda yang memiliki warna kulit sawo matang ini adalah baik untuk anda memilih warna tudung yang sedikit gelap dan warna pastel.
Warna tudung seperti lavender, pastel ataupun maroon amat sesuai untuk warna kulit anda dan pastinya warna ini dapat membuat wajah anda lebih cerah dan cantik! Anda boleh elakkan daripada memakai warna-warna yang seakan-akan warna kulit anda seperti warna coklat cair, kuning, hijau tua ataupun merahkerana ianya akan membuat kulit anda kelihatan kusam.
Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok!
Kami berharap anda sukakan tips ini dan akan menggunakannya pada masa akan datang.
cialis new viagra Wriree cialis online prescription Propay Clavamox No Prescription
saya ada baju warna kelabu nak pakai dengan tudung kale ape yr.. Saya berkulip gelap
Salam.. Baju sy warna kuning lembut . tudung warna ap yg lebih ssuai ?
Salam,
Akk ada baju kurung color plum. Warna tudung apa yang sesuai utk dipakai?
Kulit akk cerah.
unsottugs
May 13, 2021
buy cialis online forum