Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pastinya anda akan tampil lebih bergaya tetapi masih mengekalkan keayuan seri pengantin anda.
Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu beberapa tips pemilihan tudung dan gaya yang anda inginkan untuk majlis anda. Antara tips nya adalah:
1. Less is more. Gaya tudung yang tidak terlalu over untuk majlis anda.
2. Pastikan memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan baju yang anda pakai.
3. Pemilihan warna yang betul.
4. Material yang dipilih hendaklah selesa untuk majlis anda contohnya chiffon dan crepe.
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Rectangle Shawl dengan Pleat and Greet Kaftan With Gold Belt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja!
Pertama sekali, letak selendang di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih pendek dan satu sisi lagi lebih panjang.
Kemudian ambil sisi yang lebih pendek dan bawakan ke sisi yang lebih panjang seperti ini. Anda boleh pinkan bersama.
Kemudian ambil sisi yang lebih panjang dan bawakan ke bahagian belakang kepala anda.
Kemudian pinkan di sisi kepala anda. Bawa lebihan sisi yang pendek ini ke bahagian bahu bertentangan dan pinkan.
Kemaskan dan anda sudah selesai!
Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!