Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Untuk edisi kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda 3 gaya tudung bawal untuk anda yang ingin menjadi bridesmaid! Kebiasaannya bridesmaid akan mengayakan shawl tetapi kali ini saya akan tampil berbeza dengan menggunakan tudung bawal. Sebelum itu, saya ingin memberikan tips kepada bakal pengantin dalam memilih bridesmaid anda. Antara tips nya 1. Pastikan bridesmaid boleh dari kalangan kawan baik mahupun saudara yang rapat. 2. Bridesmaid anda hendaklah sentiasa rajin dan ringan tulang. 3. Tidak overshadow pengantin. 4. Bertanggungjawab dalam menjaga barang penting anda nanti. .
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda 3 gaya tudung bawal untuk anda yang ingin menjadi bridesmaid! Kebiasaannya bridesmaid akan mengayakan shawl tetapi kali ini saya akan tampil berbeza dengan menggunakan tudung bawal. Sebelum itu, saya ingin memberikan tips kepada bakal pengantin dalam memilih bridesmaid anda. Antara tips nya 1. Pastikan bridesmaid boleh dari kalangan kawan baik mahupun saudara yang rapat. 2. Bridesmaid anda hendaklah sentiasa rajin dan ringan tulang. 3. Tidak overshadow pengantin. 4. Bertanggungjawab dalam menjaga barang penting anda nanti.
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscarf dengan Beloved and Beyond Baju Kurung Modern kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 1 brooch dan 2 pin sahaja!
Pertama sekali letakkan tudung bawal anda di atas kepala seperti ini dan pastikan sisi tudung bawal anda sama panjang.
Kemudian pinkan di bawah dagu anda seperti ini.
Anda boleh lipatkan sedikit di sisi muka anda untuk memberikan efek yang lebih kemas.
Kemudian ambil satu sisi yang belakang dan bawakan ke bahagian belakang kepala anda seperti ini dan pinkan.
Kemudian ambilkan sisi yang lagi satu dan pinkan di bahu yang bertentangan anda.
Kemaskan dan anda sudah selesai!
Untuk gaya kedua dan ketiga anda boleh lihat di dalam video kami!
Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!