0

Your Cart is Empty

Tudung Bridesmaid Dengan Gaya Shawl Drape di Majlis Keramaian - Hijab Friday

October 23, 2017

Tudung Bridesmaid Dengan Gaya Shawl Drape di Majlis Keramaian - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Untuk edisi Hijab Friday kali ini, saya ingin berkongsikan tips untuk tampil cantik ke majlis perkahwinan dengan menggunakan Zehna Dull Satin Rectangle shawl dari kami. Pastinya dengan pemakaian shawl dull satin ini akan memberi efek yang berbeza dan pastinya drape yang dihasilkan akan nampak lebih kemas dan terletak.

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi Hijab Friday kali ini, saya ingin berkongsikan tips untuk tampil cantik ke majlis perkahwinan dengan menggunakan Zehna Dull Satin Rectangle shawl dari kami. Pastinya dengan pemakaian shawl dull satin ini akan memberi efek yang berbeza dan pastinya drape yang dihasilkan akan nampak lebih kemas dan terletak.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Dull Satin Curved Shawl dengan Daytrip Darling Blouse dengan Stretch of Timeless Pencil Skirt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan selendang di atas kepala anda

Langakah pertama, letakkan tudung di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lagi lebih pendek.

Langkah 2 :Pinkan di kedua-dua sisi muka anda

Pinkan di kedua-dua bahagian sisi muka anda.

Langkah 3 :Ambil bahagian yang panjang bawakan ke bahagian belakang

Kemudian ambil bahagian yang panjang dan bawakan kebahagian bertentangan melalui bahagian belakang.

Langkah 4:Lilitkan bahagian selendang yang panjang melalui atas kepala

Seterusnya lilitkan bahagian selendang yang panjang melalui atas kepala anda meliliti bahagian selendang yang pendek dan bawakan ke bahagian hadapan seperti ini.

Langkah 5:Pinkan di sisi muka anda

Kemudian pinkan di sisi muka anda.

Langkah 6:Bawakan lebihan selendang ke sisi muka

Bawakan lebihan selendang yang panjang tadi ke sisi muka yang bertentangan dan pinkan juga.

Gaya Terakhir

Kemaskan lebihan selendang dengan pinkan ia di bahu anda. Kemaskan drape tudung anda dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals