Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Untuk edisi kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips untuk tampil bergaya pada hari santai anda. Pastinya gaya ini amat mudah untuk digayakan dan anda boleh tampil bergaya dalam masa kurang dari 2 minit. Antara tipsnya adalah dengan menggunakan shawl dull satin yang tidak jarang mudah dibentuk dan dengan hanya beberapa lilitan anda sudah siap!
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips untuk tampil bergaya pada hari santai anda. Pastinya gaya ini amat mudah untuk digayakan dan anda boleh tampil bergaya dalam masa kurang dari 2 minit. Antara tipsnya adalah dengan menggunakan shawl dull satin yang tidak jarang mudah dibentuk dan dengan hanya beberapa lilitan anda sudah siap!
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Dull Satin Rectangle Shawl dengan Daytrip Darling Blouse dengan Stretch of Timeless Pencil Skirt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin sahaja!
Pertama sekali letakkan selendang di atas kepala dan pastikan sisi selendang sama panjang.
Ambil 1 sisi selendang dan pinkan di sisi muka anda. Anda boleh kemaskan bahagian hadapan selendang anda.
Kemudian pinkan di tepi sisi selendang anda yang lagi satu untuk tampil lebih kemas.
.Kemudian ambil lebihan selendang ini dan bawakan ke bahu yang bertentangan dan pinkan.
Kemaskan tudung anda dan anda sudah selesai!