0

Your Cart is Empty

Tutorial Tudung Bawal Terkini Buat Anda Yang Berkerjaya- Hijab Friday

October 05, 2017

Tutorial Tudung Bawal Terkini Buat Anda Yang Berkerjaya- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tutorial tudung dengan menggunakan tudung bawal. Mungkin anda selalu menggayakan gaya yang sama apabila memakai tudung bawal bukan? Jadi pastinya tutorial pada minggu ini dapat mengubah gaya tudung bawal anda sehari-harian.
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tutorial tudung dengan menggunakan tudung bawal. Mungkin anda selalu menggayakan gaya yang sama apabila memakai tudung bawal bukan? Jadi pastinya tutorial pada minggu ini dapat mengubah gaya tudung bawal anda sehari-harian.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscarf dengan Windy City Baju Kurung Modern kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin sahaja.

Langkah 1 :Pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek.

Pertama sekali, lipatkan tudung bawal anda menjadi segi tiga dan letakkan di atas kepala anda. Pastikan satu sisi lebih pendek dan satu sisi lebih panjang.

Langkah 2 :Pinkan sisi yang panjang ke bahagian yang bertentangan.

Bawakan sisi yang lebih panjang ke bahagian yang bertentangan dan pinkan di sisi muka anda.

Langkah 3 :Bawa sisi yang panjang ke bahagian belakang.

Selepas itu, ambil lebihan sisi yang panjang dan lilitkan ke belakang kepala anda dan pinkan di sisi kepala anda.

Langkah 4 :Pinkan disisi kepala anda.

Akhir sekali, kemaskan tudung anda dan pinkan sisi yang lebih pendek untuk tampil lebih kemas.

Gaya terakhir :

Anda boleh kemaskan tudung anda mengikut keselesaan. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals