0

Your Cart is Empty

Hijab Moden Yang Kemas Dan Selesa Sesuai Untuk Wanita Yang Bekerjaya- Hijab Friday

October 23, 2017

Hijab Moden Yang Kemas Dan Selesa Sesuai Untuk Wanita Yang Bekerjaya- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! 

Pada edisi Hijab Friday minggu ini, saya akan berkongsikan satu lagi hijab tutorial menggunakan Zehna Chiffon Curved Shawl. Gaya ini amat sesuai untuk anda yang menginginkan gaya untuk tampil lebih elegan dan terletak serta mudah dan cepat untuk digayakan. Pastinya gaya ini sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk tetapi masih mengingikan sesuatu gaya shawl yang elegan untuk anda yang bekerjaya.

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada edisi Hijab Friday minggu ini, saya akan berkongsikan satu lagi hijab tutorial menggunakan Zehna Chiffon Curved Shawl. Gaya ini amat sesuai untuk anda yang menginginkan gaya untuk tampil lebih elegan dan terletak serta mudah dan cepat untuk digayakan. Pastinya gaya ini sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk tetapi masih mengingikan sesuatu gaya shawl yang elegan untuk anda yang bekerjaya.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Reactangle Shawl dengan Bliss Way Up Blouse dengan Sweet Spirit Skirt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 4 pin sahaja!

Langkah 1 :Letak selendang di atas kepala anda

Pertama sekali, letakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lagi lebih pendek.

Langkah 2 :Ambil lebihan shawl yang panjang dan bawakan ke sisi yang lebih pendek

Kemudian, ambil hujung selendang yang lebih panjang dan bawakn ke sisi selendang yang pendek dan pinkan bersama disisi muka anda.

Langkah 3 :Ambil sisi yang pendek dan terbalikkan di atas kepala anda.

Ambil lebihan sisi yang pendek dan terbalikkan di atas kepala anda dan pinkan. Ini adalah untuk menampakkan lebihan drapes lebih flowy dan akan memberikan efek yang lebih elegan.

Langkah 4:Ambil sisi yang panjang dan lilitkan di atas kepala anda.

Kemudian ambil sisi yang lebih panjang dan lilitkan di atas kepala anda dan pinkan di sisi kepala anda.

Gaya Terakhir

Anda juga boleh pinkan lebihan shawl di dalam shawl anda untuk menampakkan lebihan drapes supaya lebih flowy dan tentunya akan memberi efek yang lebih elegan. Kemaskan dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals