Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai rakan-rakan Zolace! Bertemu kembali dalam edisi Hijab Jumaat ! Hari ini kami membawakan kepada anda gaya yang menarik untuk dilakukan dalam masa yang singkat. Jika anda tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, anda takkan kelihatan seperti anda sedang berkejar untuk bersiap. Gaya ini mengambil masa kurang dari satu minit.
Hai rakan-rakan Zolace! Bertemu kembali dalam edisi Hijab Jumaat ! Hari ini kami membawakan kepada anda gaya yang menarik untuk dilakukan dalam masa yang singkat. Jika anda tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, anda takkan kelihatan seperti anda sedang berkejar untuk bersiap.
Gaya ini mengambil masa kurang dari satu minit. Untuk tutorial ini anda memerlukan 1 kerongsang dan 1 pin. Dan berita baik - dagu anda bebas daripada sebarang pin yang menjengkelkan! Kemudian anda memerlukan Selendang Curved Zehna Chiffon kami untuk memberikan anda gaya yang elegan. Panjang selendang ini akan memberikan litupan yang bagus. Dan gaya anda akan kelihatan lebih cantik, terutamanya dengan Selendang Curved Zehna Chiffon, jadi gaya ini sememangnya sesuai untuk semua orang ! Untuk memastikan anda selesa dan bergaya, kami memadankannya dengan Jubah Shadow Box Office, sesuai bagi anda yang seharian di tempat kerja.
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda, pastikan satu sisi lebih panjang. Ini adalah supaya anda mempunyai panjang yang cukup untuk mendapatkan litupan yang anda inginkan di bahagian hadapan.
Ambil hujung yang lebih pendek dan masukkannya di bawah bahu yang bertentangan. Sementara itu anda lilitkan sisi yang lebih panjang ke atas kepala anda.