Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hai rakan-rakan Zolace! Selamat kembali ke edisi terbaru
Hijab Jumaat! Kami teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya yang beralun dan cantik dengan penonjolan sisi wajah anda. Untuk mendapatkannya, kami akan menunjukkan teknik kedutan yang akan menjadikan anda seorang yang menarik, super feminin dengan litupan yang sempurna untuk dipakai sepanjang hari!
Shop Hijab Friday Headscarf
Transkripsi Video
Hai rakan-rakan Zolace! Selamat kembali ke edisi terbaru
Hijab Jumaat! Kami teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya yang beralun dan cantik dengan penonjolan sisi wajah anda. Untuk mendapatkannya, kami akan menunjukkan teknik kedutan yang akan menjadikan anda seorang yang menarik, super feminin dengan litupan yang sempurna untuk dipakai sepanjang hari!
Anda tidak memerlukan kerongsang untuk gaya ini, hanya 6 pin dan anda boleh bermula! Anda akan memerlukan
Selendang Zehna Chiffon kami kerana ia dengan mudah membolehkan anda untuk mencapai alunan yang sempurna kerana selendang kami sangat lembut dan ringan. Selendang lain mungkin terlalu keras dan anda akan kelihatan serabut, sangat tidak cantik ! Baiklah, mari kita mulakan !
Langkah 1 : Ikatkan selendang ke belakang leher anda.
Anda perlu menggunakan bahagian yang lebih pendek, bawa kedua-dua hujung tudung ke hadapan anda. Bawa balik kedua-dua bahagian dan ikatkannya bersama-sama di belakang leher anda.
Langkah 2 : Bawa satu bahagian
Sekarang selendang tergantung di hadapan anda, bawa satu bahagian dan dengan sama rata letakkannya di atas kepala anda. Di langkah ini anda perlu berhati-hati untuk menyematkannya dengan pin, di bahagian sisi pada setiap belah pipi belah.
Langkah 3 : Sematkan pin di bawah sisi pipi anda
Jika anda lebih suka untuk tidak menunjukkan serkup kepala, tidak ada masalah. Anda hanya perlu memakai warna yang sepadan dengan selendang anda, dan mereka akan kelihatan cantik bersama. Atau, anda boleh menyembunyikannya dengan menyematkan lebih selendang di bawah sisi pipi anda.
Langkah 4 : Pinkan dibahu anda dengan baik.
Sekarang, dengan berhati-hati, Kemaskan selendang di bahu anda dengan merapatkannnya supaya kelihatan lebih cantik untuk mendapatkan alunan yang menarik. Apabila anda berpuas hati dengan alunan selendang anda, pinkannya dengan sempurna di bahu anda. Oleh kerana terdapat banyak lipatan dan alunan dengan gaya ini, jangan lupa untuk mengemaskan bahagian tepi apabila diperlukan pada mana-mana langkah!
Langkah 5 : Ambil sudut belakang.
Sekarang, mari kita beralih ke bahagian lain, di mana anda boleh mengambil sudut belakang sebelah yang tergantung dan membawanya ke bahagian atas kepala anda dan pinkannya.
Langkah 6: Lakukan perkara yang sama dengan baki sudut hadapan
Lakukan perkara yang sama dengan sudut depan yang masih ada, dan pinkan ia ke bahagian atas kepala anda.
Langkah 7: Laraskan selendang anda anda.
Sekarang anda telah mendapat alunan selendang yang anda inginkan, kemaskan selendang anda sehingga anda mendapat lengkungan yang bagus di tepinya. Sematkan ia di bahu anda dengan pin yang lain apabila anda berpuas hati dengan gaya ini.
Gaya Terakhir: Anda boleh menukar alunan ke sisi lain.
Ingat, jika anda lebih suka untuk menunjukkan satu lagi sisi muka anda, anda boleh menukar alunannya ke sebelah yang bertentangan. Bercakap mengenai sisi muka, gaya ini kelihatan elegan dengan menunjukkan sisi muka anda dan menambahkan dimensi untuk benar-benar menyerlahkan lengkungan dan sudut-sudut wajah anda. Sempurna, dan anda selesai!
Padankannya Dengan
Cuba padankan gaya selendang ini dengan Jubah Paint By Wonderkami, dan anda pasti kelihatan lebuh feminin dengan gaya alunan ini. Itu sahaja buat hari ini, jadi pastikan anda tinggalkan komen di bawah jika anda telah mencuba gaya ini, dan jangan lupa tag rakan-rakan anda supaya mereka juga boleh mencubanya! Tekan butang melanggan, dan sertai kami lagi di minggu hadapan dalam edisi terbaru Hijab Jumaat!