Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai Peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang mudah dan kasual tetapi masih mampu membuatkan anda si pemakai kelihatan sopan dan ayu.
Gaya yang menarik ini juga dapat memberikan alunan yang cantik di bahagian hadapan dan pastinya akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Kami mengguna selendang Zehna Chiffon Rectangle Shawl untuk gaya ini supaya selendang akan sentiasa terletak dengan cantik di tempatnya kerana material selendang chiffon kami yang berkualiti tinggi.
Hai Peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang mudah dan kasual tetapi masih mampu membuatkan anda si pemakai kelihatan sopan dan ayu. Gaya yang menarik ini juga dapat memberikan alunan yang cantik di bahagian hadapan dan pastinya akan menyerlahkan lagi penampilan anda.
Kami mengguna selendang Zehna Chiffon Rectangle Shawl untuk gaya ini supaya selendang akan sentiasa terletak dengan cantik di tempatnya kerana material selendang chiffon kami yang berkualiti tinggi. Untuk melengkapkan lagi penampilan, anda boleh memadankan gaya selendang ini dengan blaus Travel Team Top dan seluar Complementing Confidence Tapered Pantsdaripada kami.
Pastinya kombinasi ini adalah kombinasi yang sempurna untuk menjalankan hari-hari anda! Berbalik kepada gaya selendang, percaya atau tidak, gaya ini hanya memerlukan 1 pin sahaja! Menarik bukan? Pasti anda sudah tidak sabar lagi untuk mempelajarinya. Jadi, mari kita mulakan!
Sekarang, ambil satu bahagian selendang dan lilitkannya di belakang leher anda. Di bahagian ini, anda boleh mengubahsuai kelonggaran lilitan anda supaya anda boleh kekal selesa sepanjang hari.