Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pernahkah anda terfikir untuk menggayakan selendang anda dengan dimensi yang menarik?
Jika sebelum ini anda tercari-cari tutorial selendang seperti itu, pastinya tutorial yang kami kongsikan pada minggu ini adalah tutorial yang paling sesuai buat anda! Mungkin tutorial ini kelihatan agak sukar untuk digayakan, tetapi percayalah ianya amat mudah dan tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pernahkah anda terfikir untuk menggayakan selendang anda dengan dimensi yang menarik? Jika sebelum ini anda tercari-cari tutorial selendang seperti itu, pastinya tutorial yang kami kongsikan pada minggu ini adalah tutorial yang paling sesuai buat anda! Mungkin tutorial ini kelihatan agak sukar untuk digayakan, tetapi percayalah ianya amat mudah dan tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.
Pada minggu ini kami memadankan Zehna Bubble Rectangle Shawl yang berwarna latte dengan jubah yang akan menyerlahkan lagi keanggunan anda iaitu Paint by Wonders Jubah. Pastinya padanan ini adalah padanan yang cantik dan selesa untuk anda! Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi, mari kita mulakan! Tutorial pada kali ini memerlukan 1 brooch dan 3 pin.
Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda. Pastikan, satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.
Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu
Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.
Langkah 3 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan
Langkah yang ketiga, bawakan sisi yang pendek ke bahagian atas kepala anda dan pinkannya.
Langkah 4 : Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan
Sekarang, ambil bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas kepala anda. Di bahagian ini, anda boleh melipatkan sedikit demi sedikit selendang anda untuk membuat dimensi yang cantik di bahagian atas kepala anda.
Langkah 5 : Pinkan bahagian yang lebih panjang
Pinkan bahagian yang lebih panjang di sisi kepala anda.
Langkah 6 : Pinkan ke bahu bertentangan
Kemudian, ambil lebihan selendang tadi, dan pinkan ke bahu bertentangan.
Gaya terakhir :
Kemaskan dan anda sudah selesai! Lihatlah bagaimana
Zehna Bubble Rectangle Shawl kami dapat memberikan lipatan yang cantik dan kemas buat anda. Rugi jika anda tidak menambahkannya ke dalam koleksi selendang anda! Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi
Hijab Friday!