Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hi peminat Zolace! Apa khabar anda semua? Kembali kita dalam satu lagi edisi
Hijab Friday! Untuk edisi kali ini, Zolace akan membawakan kepada anda satu gaya yang amat mudah serta ringkas untuk digayakan dan akan membuatkan anda kelihatan moden dan anggun. Apa yang lebih mengujakan? Anda hanya memerlukan dua minit untuk menggayakan gaya ini!
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hi peminat Zolace! Apa khabar anda semua? Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Untuk edisi kali ini, kami akan membawakan kepada anda satu gaya yang amat ringkas serta mudah untuk digayakan dan akan membuatkan anda kelihatan moden dan anggun. Selain itu, gaya ini juga akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih tirus. Apa yang lebih mengujakan?
Anda hanya memerlukan dua minit untuk menggayakan gaya ini! Pada edisi kali ini juga, Zolace berasa sangat teruja untuk berkongsi dengan anda selendang satin terbaru keluaran kami iaitu Zehna Dull Satin Curved Shawl. Kami pasti anda akan kelihatan lebih menyerlah dan selesa apabila menggayakan Zehna Dull Satin Curved Shawl ini kerana fabriknya yang sedikit berkilat, lembut dan amat mudah untuk dibentuk mengikut bentuk muka anda.
Untuk menambahkan lagi keanggunan anda, anda boleh memadankan gaya selendang ini dengan Royal Following Dress kami. Baiklah, Mari kita mulakan! Untuk gaya ini, anda hanya memerlukan 3 pin.
Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.
Langkah 2 : Pinkan bahagian yang lebih pendek di sisi bertentangan
Selepas itu, anda boleh lipatkan sedikit di sisi muka bahagian yang lebih pendek mengikut keselesaan dan bentuk muka anda dan bawakannya ke sisi yang bertentangan dan pinkannya di sisi muka yang bertentangan.
Langkah 3 : Bawakan bahagian yang lebih panjang ke bahu bertentangan
Langkah yang ketiga, ambil bahagian yang lebih panjang dan bawakannya ke bahu yang bertentangan. Di bahagian ini, anda boleh kemaskan selendang anda mengikut keselesaan anda dan selepas itu pinkannya di bahu anda. Disini juga anda boleh mengubahsuai labuh selendang anda dibahagian dada mengikut kesukaan anda.
Langkah 4 : Pinkan di bahagian sisi muka
Langkah yang terakhir, anda boleh pinkan di bahagian sisi muka anda supaya selendang anda akan terletak di tempatnya sepanjang hari.
Gaya terakhir :
Anda sudah selesai! Gaya ini boleh digayakan di kebanyakan tempat. Contohnya seperti ke majlis perkahwinan dan juga ke pejabat. Ianya mudah untuk dilakukan tetapi masih dapat memberikan impak yang anggun dan menyerlah. Kami berharap anda akan sukakan gaya ini dan jangan lupa untuk mencubanya di rumah. Terima kasih kerana menyertai kami pada minggu ini. Sila berikan komen anda di bawah, kongsikan video ini dengan rakan-rakan anda, dan jumpa lagi pada minggu hadapan dalam edisi
Hijab Friday yang lain!