0

Your Cart is Empty

Cara Menarik Untuk Memakai Shawl Dengan Kemas Dan Menutup Dada - Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Menarik Untuk Memakai Shawl Dengan Kemas Dan Menutup Dada - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi semua jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang akan membuatkan anda kelihatan menyerlah dan ayu.

Setiap wanita yang menitik beratkan penampilan diri pastinya sentiasa ingin kelihatan bergaya sepanjang hari bukan? Tambahan lagi jika kerjaya anda memerlukan anda sentiasa berhadapan dengan orang ramai. Jadi gaya selendang pada kali ini khas buat anda yang ingin tampil bergaya sepanjang hari tetapi ianya tetap kemas dan menutup dada.

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi semua jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang akan membuatkan anda kelihatan menyerlah dan ayu. Setiap wanita yang menitik beratkan penampilan diri pastinya sentiasa ingin kelihatan bergaya sepanjang hari bukan?

Tambahan lagi jika kerjaya anda memerlukan anda sentiasa berhadapan dengan orang ramai. Jadi gaya selendang pada kali ini khas buat anda yang ingin tampil bergaya sepanjang hari tetapi ianya tetap kemas dan menutup dada.

Untuk gaya yang ayu ini, kami memadankan A Layer to Love Blouse dan Sweet Spirit Skirt dengan Zehna Chiffon Rectangle Shawl kami. Zehna Chiffon Rectangle Shawl yang berwarna orchid ini adalah warna selendang keluaran kami yang terbaru. Jangan lupa untuk tambahkannya ke dalam koleksi selendang anda ya! Baiklah, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan satu brooch dan 4 pin.

Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda.

Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda. Pastikan, satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.

Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi di belakang leher.

Selepas itu, bawakan kedua-dua bahagian selendang ke belakang leher anda dan pinkannya dengan menggunakan kerongsang.

Langkah 3 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan.

Kemudian dari bahagian belakang, bawakan kedua-dua sisi selendang ke satu posisi yang sama dan bawakan bahagian yang pendek ke atas kepala anda dan pinkan di sisi pipi anda. Jangan lupa untuk pinkan di kedua-dua belkah sisi muka supaya selendang akan tetap berada di tempatnya.

Langkah 4 : Ambil sisi yang panjang dan bawakan ke bahu.

Sekarang, ambil lebihan bahagian yang panjang dah bawakan ke bahu bertentangan dan pinkannnya.

Gaya terakhir :

Kemaskan dan anda sudah selesai! Mudah bukan untuk meniru gaya ini? Rugi jika anda tidak mencubanya di rumah. Pasti anda akan terpikat dengan hasil terakhirnya yang akan membuatkan anda kelihatan ayu dan sopan. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals