Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai semua peminat Zolace! Selamat kembali dalam edisi Hijab Jumaat terbaru ! Hari ini kami akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menukar gaya anda menjadi seorang
Fashionista yang agresif dalam sekelip mata, seperti anda berjalan dengan tiupan angin di rambut anda! Kami membawakan anda satu gaya yang sedikit berbeza daripada gaya tudung terdahulu dengan membuat satu perunbahan tambahan. Dan anda mahu tahu apa yang paling menarik? Ia sangat cepat dan mudah untuk digayakan.
Hai semua peminat Zolace! Selamat kembali dalam edisi Hijab Jumaat terbaru ! Hari ini kami akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menukar gaya anda menjadi seorang Fashionista yang agresif dalam sekelip mata, seperti anda berjalan dengan tiupan angin di rambut anda! Kami membawakan anda satu gaya yang sedikit berbeza daripada gaya tudung terdahulu dengan membuat satu perubahan tambahan. Dan anda mahu tahu apa yang paling menarik? Ia sangat cepat dan mudah untuk digayakan.
Untuk gaya ini, anda hanya memerlukan 1 kerongsang dan 1 pin, dan juga Tudung Bawal Zahra Chiffon kami. Tudung ini berukuran dan berkelebaran 45 inci. Jadi ianya sangat sesuai dan sempurna untuk gaya ini. Hari ini kita akan padankan gaya ini dengan Baju Kurung Ethereal Campaign kami kerana ia padanan terbaik untuk menyempurnakan hari anda. Baiklah anda sudah bersedia ? Mari kita mulakan!
Mulakan dengan melipat tudung anda ke dalam bentuk segitiga. Letakkan di atas kepala dan biarkan dua sisi berada di hadapan anda. Pastikan satu sisi lebih panjang, dan anda boleh bereksperimen dengan panjang tudung yang anda inginkan untuk mendapat litupan yang terbaik untuk anda.
Mulakan dengan bahagian yang lebih pendek, bawakannya ke bahagian sisi muka anda yang bertentangan. Setiap orang ada cara yang tersendiri ketika mengayakan tudung, jadi jika anda selesa, anda boleh melipat sedikit sisi tepi tudung anda untuk mendapatkan bentuk muka yang anda inginkan. Apabila anda sudah selesa, anda boleh pinkan di bahagian sisi muka anda yang bertentangan.
Lakukan sebarang ubahsuai kepada gaya terakhir anda mengikut keperluan dan selesai. Anda kelihatan sempurna! Terima kasih kerana menyertai kami pada minggu ini! Kami harap anda sukakan gaya ini dan ksmi mengalu-alukan anda untuk berkongsikan pandangan pada bahagian komen di bawah.
Beritahu kami jika anda sukakannya, dan gaya tudung yang mana membuatkan anda rasa seperti fashionista agresif! Anda boleh melanggan untuk tahu lebih lagi tentang gaya-gaya yang terkini dan sertai kami pada minggu hadapan untuk edisi terbaru Hijab Jumaat.