0

Your Cart is Empty

Tutorial Shawl Yang Akan Membuatkan Anda Tampak Lebih Stailo Di Pagi Raya - Hijab Friday

October 05, 2017 3 Comments

Tutorial Shawl Yang Akan Membuatkan Anda Tampak Lebih Stailo Di Pagi Raya - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu lagi edisi Hijab Friday menggunakan selendang yang akan membuat anda tampak lebih stailo dan berbeza. Gaya ini amat senang untuk digayakan.
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan anda satu lagi edisi Hijab Friday menggunakan selendang yang akan membuat anda tampak lebih stailo dan berbeza. Gaya ini amat senang untuk digayakan.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl yang berwana Peach dengan Divine Meets Style Baju Kurung Modern kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 2 pin.

Langkah 1 :Pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek.

  

Pertama sekali, letakkan selendang anda diatas kepala dan pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek.

Langkah 2 :Pinkan hujung selendang anda di sisi muka anda.

Pinkan hujung selendang yang pendek di sisi muka anda. Pastikan ianya ketat dan selesa.

Langkah 3 :Pinkan bahagian selendang yang lebih panjang.

Kemudian, pinkan juga bahagian selendang yang lebih panjang untuk pastikan selendang sentiasa kemas.

Langkah 4 :Tarik hujung selendang ke belakang.

  

Kemudian tarik hujung selendang yang lebih panjang ke belakang dan kemaskan.

Langkah 5 :Masukkan ke dalam helaian selendang anda.

Seterusnya masukkan hujung selendang ke dalam helaian selendang yang panjang.

Gaya terakhir :

Kemaskan tudung anda dan anda sudah selesai. Kami berharap anda akan sukakan gaya yang stailo ini. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

3 Responses

Lanoapopy
Lanoapopy

June 03, 2021

brand name cialis online

Lanoapopy
Lanoapopy

May 12, 2021

viagra online

Lanoapopy
Lanoapopy

December 19, 2020

Amoxicillin Dosage Infection Sinus Wriree buying cialis online safely Propay Can Cephalexin Raise Blood Sugar

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals