Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila click here. Hai peminat-peminat Zolace! Selamat datang ke satu lagi edisi Hijab Jumaat. Minggu ini, kita akan menghasilkan gaya hijab yang diilhamkan oleh tidak lain dan tidak bukan, Elfira Loy. Elfira merupakan Elfira merupakan bintang besar di Malaysia dan dengan gaya ini, anda juga boleh merasa seperti bintang!
Hai peminat-peminat Zolace! Selamat datang ke satu lagi edisi Hijab Jumaat. Minggu ini, kita akan menghasilkan gaya hijab yang diilhamkan oleh tidak lain dan tidak bukan, Elfira Loy. Elfira merupakan bintang besar di Malaysia dan dengan gaya ini, anda juga boleh merasa seperti bintang!
Gaya ini sesuai untuk acara-acara di mana anda memerlukan 'wow' tambahan - ia boleh menyerlahkan mana-mana pakaian! Anda mungkin memerlukan beberapa kali cubaan sebelum dapat menyempurnakan gaya ini, tetapi jangan risau, jika anda berlatih secukupnya, anda pasti dapat mengenakan gaya ini untuk sambutan Hari Raya! Untuk tutorial hari ini anda memerlukan Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat,serta 2 kerongsang dan 4 pin. Mari kita mula!
Bawa tudung ke sebelah kiri anda. Ambil hujung bawah, lilitkan sedikit dan bawa ke sebelah atas dan belakang kepala anda, ke sebelah kanan. Gunakan pin untuk menyematkannya pada kedudukan.
Teruskan melilit fabrik di sebelah kiri anda. Pastikan ia kemas dan sama rata, sesuaikan sambil anda melilit. Lilitan sebegini paling mudah sekiranya anda menggunakan fabrik yang nipis dan lembut. Jika tudung anda terlalu tebal dan keras, ia tidak akan kelihatan cantik.
Lilit sehingga anda mempunyai fabrik yang secukupnya untuk menutupi bahagian depan anda. Gaya ini membolehkan anda menutupi bahagian depan anda dengan secukupnya. Anda hanya perlu memastikan tudung anda cukup lebar, itulah sebabnya mengapa Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat sesuai untuk gaya ini.
Ambil hujung atas dan pin dengan kerongsang di depan telinga kiri anda. Ambil hujung bawah dan bawa ke bahagian sebelah untuk disematkan dengan pin berhampiran telinga kanan anda. Anda boleh memilih untuk mengekalkan tudung anda sebegini, atau lilitkan baki fabrik dengan kemas ke belakang bahu kanan anda. Sesuaikan agar bahagian depan terjuntai dengan cantik. Dan itu dia, selesai!
Anda boleh memilih untuk mengekalkan tudung anda sebegini, atau lilitkan baki fabrik dengan kemas ke belakang bahu kanan anda. Sesuaikan agar bahagian depan terjuntai dengan cantik. Dan itu dia, selesai!
Anda boleh memadankan gaya Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepatini bersama mana-mana pakaian tanpa corak untuk menyeimbangkan gaya hijab yang rumit ini. Ia sangat sesuai dipasangkan dengan Timeless Temptation!
Baiklah semua, tinggalkan komen di bawah dan kongsi bagaimana anda memakai Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat anda, atau, sebarang soalan yang anda ada. Kami ingin mendengar dari anda-- beritahu kami jika anda telah mencuba gaya hari ini!
Jangan lupa untuk melanggan dan kami tidak sabar untuk bertemu anda semula pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Jumaat. Jumpa lagi!