0

Your Cart is Empty

Tampil Bergaya dan Santai dengan Gaya Hijab yang Mudah dan Pantas - Hijab Jumaat

September 07, 2017

Tampil Bergaya dan Santai dengan Gaya Hijab yang Mudah dan Pantas - Hijab Jumaat

Untuk Hijab Jummat dalam Bahasa Inggeris, klik sini. Hai peminat-peminat Zolace! Selamat datang ke edisi Hijab Jumaat hari ini! Hari ini, kami akan menunjukkan anda gaya hijab yang sangat pantas dan boleh dilakukan dalam hanya SATU minit.

Shop Hijab Friday Headscarf 

Transkripsi Video

Hai peminat-peminat Zolace! Selamat datang ke edisi Hijab Jumaat hari ini! Hari ini, kami akan menunjukkan anda gaya hijab yang sangat pantas dan boleh dilakukan dalam hanya SATU minit. Ia sesuai untuk gadis dan wanita yang mahu terlindung secukupnya, tetapi masih santai dan telus udara- sesuai untuk bulan-bulan musim panas! Hey Zolace fans! Welcome to today's edition of Hijab Fridays! Today we're going to be showing you a super fast hijab style that can be done in just ONE minute. It's great for girls and women that want ample coverage, while still being loose and breathable-- perfect for those hot summer months! Hari ini, anda memerlukan satu kerongsang dan 2 pin, serta sehelai Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat kami, pastinya dalam warna pilihan anda! Ok, mari kita mula!

Langkah 1: Pegang skarf pada hujung yang pendek dan satukan kedua-dua hujung di belakang bahagian tertinggi kepala

Pegang skarf pada hujung yang pendek dan satukan kedua-dua hujung di belakang bahagian tertinggi kepala. Gunakan kerongsang untuk memasangkannya pada kedudukan agar kedua-dua hujung tersemat bersama.

Langkah 2: Lilitkan fabrik yang terjuntai di hadapan anda

Sekarang, ambil fabrik yang terjuntai di hadapan anda dan lilitkan dengan berhati-hati ke atas bahagian kanan anda, di atas kepala anda. Jangan lilit terlalu ketat agar anda masih mempunyai sedikit fabrik di sebelah kiri anda, serta untuk menutupi bahagian depan anda.

Langkah 3: Pin setiap belah berhampiran bahagian atas telinga anda.

Uji dan lihat sama ada fabrik terjuntai rapi di kedua-dua belah muka anda, kemudian pin setiap belah berhampiran bahagian atas telinga anda.

Langkah 4: Alihkan sebarang lebihan fabrik yang tidak diingini di bahagian hadapan

Ambil sebarang lebihan fabrik yang tidak diingini di bahagian hadapan, dan alihkan ke belakang anda. Dan itu dia, anda telah siap!

Gaya Akhir

Dimensi tambahan di bahagian atas membuatkan gaya ini kelihatan menarik dan cantik. Anda pasti boleh menggayakannya di sebarang majlis, pada bila-bila masa.

Pasangkan dengan

Bercakap tentang majlis, bagaimana jika anda mencuba gaya ini untuk acara anda yang seterusnya dan pasangkan bersama Jubah Shadow Box Office kami untuk tampil lebih bergaya! Kami gembira bersama anda dalam edisi Hijab Jumaat ini! Pastikan anda meninggalkan komen di bawah dan beritahu kami warna Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat kegemaran ANDA! Kami akan kembali lagi minggu depan, maka pastikan anda melanggan di bawah dan jumpa lagi kemudian! Salam ceria!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals