Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai rakan-rakan Zolace! Bertemu kembali dalam edisi Hijab Fridays! Hari ini kami akan membawakan anda gaya yang sempurna untuk wanita yang aktif! Terutamanya apabila anda sentiasa dalam kesibukan dan perlu memakai tudung dengan cepat.
Hai rakan-rakan Zolace! Bertemu kembali dalam edisi Hijab Fridays! Hari ini kami akan membawakan anda gaya yang sempurna untuk wanita yang aktif! Terutamanya apabila anda sentiasa dalam kesibukan dan perlu memakai tudung dengan cepat.
Gaya ini kasual tetapi sangat moden dan tidak memerlukan banyak langkah. Ia akan kelihatan seperti anda bersiap dengan lama, sedangkan anda cuma memerlukan beberapa minit sahaja! Untuk tutorial ini anda memerlukan Tudung Bawal Zahra Chiffon kami, satu kerongsang, dan pin jika perlu. Mari mulakan!
Mulakan dengan meletakkan selendang ke atas kepala anda, pastikan satu sisi lebih pendek daripada yang lain. Cuba bereksperimen dengan cara anda membahagikan selendang anda pada permulaan, kerana, ini akan menentukan berapa banyak tutupan selendang yang anda akan dapat, serta panjang sisi selendang di bahagian yang lain. Latihan akan menjadikannya sempurna! Gunakan pin untuk menyemat tudung di setiap belah muka anda.
Sekarang, ambil sisi yang panjang dan balutkannya di sekeliling anda, berikannya sedikit putaran semasa meletakkannya di bahu anda. Anda boleh pinkan sisi ini atau biarkannya tergantung. Dan bahagian ini selesai!
Anda juga boleh melintaskan kedua-dua hujung di satu sisi untuk gaya yang unik! Lihat? Ia tidak memerlukan masa yang lama!