Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi
Hijab Friday! Keselesaan adalah salah satu perkara yang anda amat dititik beratkan ketika bergaya bukan? Ini kerana, apabila anda berasa selesa pastinya anda akan tampil yakin dan ceria sepanjang hari. Jadi pada minggu ini, kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang pantas tetapi masih mampu membuatkan anda tampil bergaya dan selesa.
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Keselesaan adalah salah satu perkara yang anda amat titik beratkan ketika bergaya bukan? Ini kerana, apabila anda berasa selesa pastinya anda akan tampil yakin dan ceria sepanjang hari. Jadi pada minggu ini, kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang pantas tetapi masih mampu membuatkan anda tampil bergaya dan selesa.
Dengan gaya yang feminin dan segar ini pastinya ia tidak akan mengambil masa yang lama buat anda yang sibuk sepanjang hari! Untuk gaya yang selesa ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Faithful Staple Blouse dan Pack To Basic Tapered Pants. Pastinya padananan ini adalah padananan yang sempurna untuk anda. Jadi mari kita mulakan. Gaya ini hnaya memerlukan 1 brooch dan 2 pin.
Langkah 1 : Pinkan kedua-dua bahagian selendang di belakang leher anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek. Selepas itu, bawakan kedua-dua bahagian selendang ke belakang leher anda dan cantumkan kedua-dua sisi dengan menggunakan brooch.
Langkah 2 : Bawakan bahagian yang lebih pendek ke bahu bertentangan
Sekarang, bawakan kedua-dua bahagian ke sisi hadapan anda dan mari kita mulakan dengan bahagian yang lebih pendek. Ambil bahagian yang lebih pendek dan bawakan ke bahu yang bertentangan. Anda boleh memilih sama ada anda hendak pinkan dibahagian bahu tersebut atau masukkan saja lebihan selendang ke dalam baju anda.
Langkah 3 : Lilitkan bahagian yang panjang
Selepas itu, ambil bahagian yang panjang dan lilitkan di atas kepala anda.
Langkah 4 : Sematkan dengan pin
Selepas anda melilitkan selendang di atas kepala anda, kemaskan selendang tersebut dan pinkan di sisi muka anda untuk memastikan selendang anda tidak akan bergerak dan akan kemas sepanjang hari.
Langkah 5 : Lilitkan selendang sekali lagi.
Baiklah, pada bahagian ini pastinya ada lebihan selendang di bahu anda bukan? Jadi, ambil lebihan selendang tersebut dan lilitkan sekali lagi di belakang leher anda dan selitkan lebihan tersebut di dalam baju anda.
Gaya akhir :
Kemaskan selendang dan anda sudah selesai! Mudah bukan untuk tampil selesa dan feminin. Wanita yang sibuk tetapi masih mahu tampil bergaya seperti anda pastinya wajib untuk mempelajari gaya ini. Kami berharap anda akan mencuba gayanya di rumah. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi
Hijab Friday!
Latipah adun
November 28, 2017
Wow.mmg mudah, senang Dan Cantik!!!