0

Your Cart is Empty

Cara Pakai Shawl Tampil Cantik & Bergaya Seperti Vivy Yusof - Hijab Jumaat

September 07, 2017

Cara Pakai Shawl Tampil Cantik & Bergaya Seperti Vivy Yusof - Hijab Jumaat

Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini. Hai semua! Hari Jumaat telah tiba dan ini bermakna, kami kembali dengan satu lagi edisi Hijab Jumaat!

Hari ini, kami memberi penghormatan kepada Vivy Yusof dengan gaya hijab yang merangkumi segala ciri-cirinya- cantik dan bijak! Vivy menggabungkan kerjaya dengan tugas-tugas sebagai ibu dengan berjaya, dan anda juga mampu berbuat demikian dengan gaya hijab ini yang cantik dan sesuai dipakai setiap hari.

Shop Hijab Friday Headscarf

Transkripsi Video

Hai semua! Hari Jumaat telah tiba dan ini bermakna, kami kembali dengan satu lagi edisi Hijab Jumaat! Hari ini, kami memberi penghormatan kepada Vivy Yusof dengan gaya hijab yang merangkumi segala ciri-cirinya- cantik dan bijak! Vivy menggabungkan kerjaya dengan tugas-tugas sebagai ibu dengan berjaya, dan anda juga mampu berbuat demikian dengan gaya hijab ini yang cantik dan sesuai dipakai setiap hari.

Gaya ini mudah untuk dipakai dan akan membuatkan anda tampil bergaya setiap hari sepanjang minggu, sama ada anda ke sana ke mari sebagai ahli perniagaan atau sibuk menjaga anak-anak. Hari ini, anda memerlukan 1 kerongsang dan 3 pin, serta Tudung Sifon Zehna Segi Empat Tepat. Itu sahaja, mari kita mula!

Langkah 1: Pegang tudung anda di satu hujung dan letakkan atas kepala anda.

Pegang tudung anda di satu hujung dan letakkan atas kepala anda. Lilit tudung mengelilingi muka anda dan sematkan dengan selesa menggunakan kerongsang. Satu hujung akan lebih panjang daripada hujung yang satu lagi.

Langkah 2: Angkat tudung dari bahagian belakang anda dan lapiskan atas kepala anda.

Angkat tudung dari bahagian belakang anda dan lapiskan atas kepala anda. Sematkan dengan pin di kedua-dua belah muka.

Langkah 3: Ambil bahagian yang lebih panjang di sebelah kiri dan lilitkan sepenuhnya mengelilingi kepala anda

Uji dan lihat sama anda fabrik terjuntai dengan cantik di kedua-dua belah muka anda, kemudian pin setiap belah pada kedudukannya berhampiran bahagian atas telinga anda.

Gaya Akhir

Di sini anda boleh membuat sebarang penyesuaian agar tudung anda terjuntai dengan sama rata di bahagian hadapan. Inilah sebabnya mengapa kami gemar menggunakan tudung sifon nipis untuk mendapatkan kesan lapisan beropol yang cantik di bahagian dada - ia membuatkan gaya ini nampak lebih anggun!

Percayakah anda yang kita sudah selesai?! Ya, itu sahaja yang diperlukan untuk menghasilkan gaya harian yang cantik dan mudah ini, khas buat ibu-ibu yang sibuk.

Pasangkan dengan

Untuk melengkapkan gaya ini, anda boleh memasangkannya dengan Baju Embracing Basic dan Seluar Pack to Basic Berpotongan Runcing. Sertai kami lagi minggu hadapan untuk pelbagai gaya kreatif lain bersama Hijab Jumaat! Pastikan anda melanggan, mengongsi, dan meninggalkan komen serta memberitahu kami jika anda berjaya mengikuti gaya ini! Kami ingin mendengar dari anda! Baiklah, jumpa lagi!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals