0

Your Cart is Empty

Bagaimana Untuk Menjadikan Wajah Anda Kelihatan Runcing dan Menyerlah Dengan Selendang Kami - Hijab Jumaat!

September 07, 2017 3 Comments

Bagaimana Untuk Menjadikan Wajah Anda Kelihatan Runcing dan Menyerlah Dengan Selendang Kami -  Hijab Jumaat!

Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai peminat Zolace! Kembali kita di edisi lain Hijab Friday ! Hari ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya yang sesuai untuk pelbagai jenis bentuk muka. Gaya ini adalah salah satu gaya menarik yang akan membuatkan bentuk muka anda kelihatan runcing, menyerlah dan dapat dirangka dengan indah. Jadi anda tidak perlu risau, gaya ini juga pastinya sesuai dengan bentuk muka anda!

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hai peminat Zolace! Kembali kita di edisi lain Hijab Jumaat ! Hari ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya yang boleh dipadankan dengan pelbagai bentuk dan saiz muka. Ia adalah satu gaya menarik yang akan membuat sebarang bentuk muka kelihatan runcing, lebih menyerlah dan dirangka dengan indah.

Jadi jangan risau, gaya ini juga pasti sesuai dengan anda. Kami merasa teruja untuk menggunakan Selendang Zehna Empat Segi lagi pada pada minggu ini!. Berat dan tekstur selendang adalah penting untuk memastikan ia berada di tempat sepanjang hari. Ia juga akan memastikan bahawa selendang anda tidak kelihatan tebal apabila kelihatan cantik berjuntai serta berkembang.

Jika anda ingin wajah anda kelihatan langsing dan menyerlah seperti dalam video ini, cuba anda padankan gaya ini dengan Luck to be A Dress kami. Untuk gaya ini, anda memerlukan 1 kerongsang dan 4 pin. Ok, mari kita mulakan!

Langkah 1 :Meletakan selendang di atas kepada anda

Mulakan dengan meletak selendang di atas kepala anda dan pastikan bahawa satu sisi lebih panjang daripada yang lain.

Langkah 2 :Jajarkan selendang ke belakang leher anda

Jajarkan selendang dengan rapi ke belakang leher anda dan guna kerongsang untuk disematkan pada kedua-dua belah sisi.

Langkah 3 :Lilitkan selendang anda ke atas

Lipatkan fabrik sedikit ke hadapan, ambil pin dan sematkan pada sisi pipi anda. Sekarang ia berada di tempatnya, terus lilitkan selendang ke atas dan sekitar belakang separuh daripada kepala anda. Ambil pin dan sematkan dengan rapi. Sekarang selendang berada di tempatnya, rapikan pada sisi lain pipi anda dengan menyematkan pin. kemaskan fabrik ke hadapan untuk mencipta satu tutupan yang menarik, dan kita akan bergerak ke sisi lain sekarang.

Langkah 4 :Ambil bahagian hujung bawah dan lipatkan ke atas.

Bawakan selendang di sekitar belakang anda dengan mengambil bahagian tepi sebelah bawah dan lipat di atas kepala anda. Untuk dimensi tambahan, kami telah membuat dua lapis di bahagian atas kepala, tetapi anda boleh melakukan satu sahaja jika anda suka.

Langkah 5 :Ambil pin terakhir anda

Ambil pin terakhir anda dan berhati-hati sematkan di bahagian paling atas kepala anda.

Gaya Terakhir :

Dan itu dia, anda dah siap! Kami harap anda suka dengan gaya ini dan selamat mencubanya di rumah! Seperti biasa, terima kasih kerana menyertai kami! Sila berikan komen anda di bawah, berkongsi video ini dengan rakan-rakan anda, dan kami akan berjumpa anda minggu depan untuk edisi lain Hijab Jumaat!

3 Responses

Lanoapopy
Lanoapopy

June 04, 2021

buying cheap cialis online[/url]

Lanoapopy
Lanoapopy

May 10, 2021

brand cialis online[/url]

Lanoapopy
Lanoapopy

December 18, 2020

Amoxicillin 875 Mg Abscessed Tooth Wriree [url=https://bansocialism.com/]buy cialis generic online cheap[/url] Propay Canadian Pharmacy Buy Online Ed Pills

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals