Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai Peminat Zolace! Kembali lagi ke edisi lain Hijab Jumaat! Hari ini kita mempunyai gaya selendang yang kelihatan hebat dan menarik untuk 2 sebab. Pertama, ia tidak mempunyai pin atau kerongsang, dan kedua, ia diilhamkan oleh si jelita Hanis Zalikha. Hanis seorang yang hebat kerana dia melakukannya semua sebagai model yang berjaya, pelakon, dan juga hos. Jika anda cuba gaya ini, anda pasti akan kelihatan anggun dan bergaya sepertinya.
Hai Peminat Zolace! Kembali lagi ke edisi lain Hijab Jumaat! Hari ini kita mempunyai gaya selendang yang kelihatan hebat dan menarik untuk 2 sebab. Pertama, ia tidak mempunyai pin atau kerongsang, dan kedua, ia diilhamkan oleh si jelita Hanis Zalikha. Hanis seorang yang hebat kerana dia melakukannya semua sebagai model yang berjaya, pelakon, dan juga hos. Jika anda cuba gaya ini, anda pasti akan kelihatan anggun dan bergaya sepertinya.
Hari ini kita akan menggunakan selendang keluaran terbaru iaitu Selendang Empat Segi Zehna Bubble. Fabriknya yang sempurna dari segi kualiti akan membuatkan anda kelihatan sopan kerana ia tidak dapat ditelusi sementara merasa cukup nyaman dengan iklim negara Malaysia kita. Hari ini kami padankan gaya ini dengan blaus Full of Wonder dan Stretch of Timeless Pencil Skirt, kedua-duanya pilihan yang hebat! Ok, mari kita mulakan!
Letakkan selendang anda secara sama rata di atas kepala anda. Atau anda boleh cuba dengan satu hujung yang lebih panjang daripada yang lain seperti yang ditunjukkan di sini. Buatlah eksperimen dengan apa yang anda suka! Buatkan sedikit lipatan di kedua sisi muka anda kerana ini akan membantu merapikan tudung supaya kelihatan lebih menarik.