0

Your Cart is Empty

Bagaimana Untuk Cantik Bersedia di Hari Raya Dengan Gaya Selendang Yang Diilhamkan oleh Syatilla Melvin - Hijab Jumaat

September 07, 2017

Bagaimana Untuk Cantik Bersedia di Hari Raya Dengan Gaya Selendang Yang Diilhamkan oleh Syatilla Melvin - Hijab Jumaat

Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hari ini hari Jumaat, jadi ini bermakna kami kembali untuk edisi Hijab Jumaat terbaru! Hari ini adalah hari di mana anda boleh kelihatan seperti model! Maksud saya, anda boleh menjadi model pada hari-hari yang lain, tetapi hari ini kami akan membantu anda muncul dengan rupa yang sangat cepat dan mudah yang diilhamkan oleh pelakon/model Syatilla Melvin dan gayanya yang hebat. Sesiapa sahaja boleh melakukannya gaya ini, percayalah, ia amat mudah!

Shop Hijab Friday Headscarf

Transkripsi Video

Hari ini hari Jumaat, jadi ini bermakna kami kembali untuk edisi Hijab Jumaat terbaru! Hari ini adalah hari di mana anda boleh kelihatan seperti model! Maksud saya, anda boleh menjadi model pada hari-hari yang lain, tetapi hari ini kami akan membantu anda muncul dengan rupa yang sangat cepat dan mudah yang diilhamkan oleh pelakon/model Syatilla Melvin dan gayanya yang hebat.

Sesiapa sahaja boleh melakukannya gaya ini, percayalah, ia amat mudah! Tambahan, kita semua tahu bagaimana sibuknya hari Raya, dengan orang yang datang tidak henti-henti, jadi pastikan anda belajar gaya ini untuk sentiasa kelihatan hebat tidak kira waktu! Anda hanya memerlukan 1 kerongsang dan 1 pin dan juga Selendang Zehna Chiffon Rectangle kami. Itu sahaja, mari kita mulakan!

Langkah 1: Ambil selendang dan letakkan ke atas kepala anda.

Ambil selendang anda dan letakkan ke atas kepala anda sambil memastikan satu sisi pendek dan satu lagi panjang.

Langkah 2: Jajarkan selendang sama rata di seluruh muka anda.

Jajarkan selendang sama rata di seluruh muka anda dan sambung dua hujung bersama-sama di belakang kepala anda dengan kerongsang.

Langkah 3: Masukkan sisi yang pendek ke dalam pakaian anda.

Sekarang, masukkan sisi yang pendek ke dalam pakaian anda, tetapi jika anda tidak mahu, hanya biarkan sisi yang pendek benar-benar pendek pada permulaan jadi tidak perlu untuk menyembunyikannya. Anda juga akan mendapat lipatan yang lebih baik dengan cara ini!

Langkah 4: Bawa sisi yang panjang secara sama rata di sekeliling anda.

Ambil sisi yang panjang dan balut ia sama rata di sekeliling anda sehingga anda mampu untuk sematkannya dengan pin di tepi telinga anda.

Langkah 5: Lipatkan sebarang pinggir yang di bawah.

Lipatkan sebarang pinggir yang di bawah jadi akan terbentuk bulatan yang cantik pada bahagian depan anda, dan itu sahaja!

Gaya Terakhir

Padankan Dengan

Jadi, jika anda benar-benar mahu bersedia untuk hari Raya, gaya ini akan bertambah hebat jika anda pasangkannya dengan Baju Kurung Moden Admirable Allure - memang bergaya! Malangnya masa kita hanya setakat ini, tetapi pastikan anda menekan butang melanggan, dan maklumkan kepada kami dalam komen jika anda sukakan gaya ini untuk Raya! Kita akan berjumpa lagi minggu hadapan untuk edisi Hijab Jumaat yang lain, selamat bergaya!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals