Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Apa khabar peminat Zolace? Kembali kita di Hijab Jumaat! Dalam edisi hari ini, kita akan membuat gaya yang diilhamkan oleh Zara Zya yang sangat berbakat. Beliau adalah seorang wanita yang hebat dalam perniagaan, dan sentiasa terkedepan di dalam fesyen.
Apa khabar peminat Zolace? Kembali kita di Hijab Jumaat! Dalam edisi hari ini, kita akan membuat gaya yang diilhamkan oleh Zara Zya yang sangat berbakat. Beliau adalah seorang wanita yang hebat dalam perniagaan, dan sentiasa terkedepan di dalam fesyen
Tambahan, saya sentiasa mencari gaya yang sesuai dengan wajah yang bulat, dan gaya ini benar-benar sempurna! Kerana ia kelihatan besar, ini menjadikannya sangat sepadan dan cantik untuk sebarang jenis wajah yang bulat. Ayuh kita lihat! Hari ini anda memerlukan 1 kerongsang dan 4 pin, dan pastikan anda mempunyai selendang Zehna Chiffon Rectangular kami. Mari kita mulakan!
Mulakan dengan meletakkan selendang ke atas kepala anda, pastikan satu sisi lebih pendek daripada yang lain. Cuba bereksperimen dengan cara anda membahagikan selendang anda pada permulaan, kerana, ini akan menentukan berapa banyak tutupan selendang yang anda akan dapat, serta panjang sisi selendang di bahagian yang lain. Latihan akan menjadikannya sempurna! Gunakan pin untuk menyemat tudung di setiap belah muka anda.
Ambil kerongsang anda dan sematkan pada kedua-dua bahagian selendang di belakang leher anda.
Pindahkan semua fabrik tersebut ke sebelah yang paling panjang, tapi pegang sisi yang pendek dan singkapkannya ke atas kepala anda. Di sini adalah di mana anda menyematkan pin dengan kemas pada setiap bahagian kepala anda.
Sekarang, ambil bahagian tepi dalam bagi sisi panjang yang tergantung dan putarkannya di sekeliling anda untuk mewujudkan lipatan yang cantik di hadapan.
Pinkan lapisan ini ke bahagian tepi muka anda, dan kemudian di bawah telinga anda pada sisi yang lain. Selepas anda membuat beberapa pelarasan kecil untuk selendang anda, semuanya sempurna!
Gaya ini adalah sesuai untuk hari Raya kerana ia agak menarik dan cepat untuk dilakukan jika anda mempunyai banyak majlis untuk dihadiri. Anda juga perlu merancang pakaian anda terlebih dahulu, jadi pastikan anda mengambil salah satu baju Embracing Basic kami, dan, jadilah orang yang pertama mencuba jenama baru kami Left in a Spin skirt yang akan dilancarkan tidak lama lagi!
Terima kasih kerana bersama dengan kami hari ini. Pastikan untuk berkongsi video ini dengan rakan-rakan anda dengan meletakkan tag pada nama mereka dalam komen di bawah. Teruskan melanggan, dan kita akan berjumpa lagi pada edisi Hijab Friday yang lain di minggu depan!