0

Your Cart is Empty

Tampil Menawan Dengan Gaya Hijab Zahra Mudah & Pantas - Hijab Jumaat

September 07, 2017

Tampil Menawan Dengan Gaya Hijab Zahra Mudah & Pantas - Hijab Jumaat

Untuk minggu ini hijab Jummat dalam Bahasa Inggeris, klik sini. Minggu ini, kami membawakan anda tiga gaya hijab baru (Gaya Zahra) dengan hanya menukar satu langkah. Kami menyukai gaya-gaya ini kerana ia amat mudah untuk dilakukan dan menutupi bahagian depan dan belakang secukupnya sambil menampilkan gaya yang menarik disebabkan dimensi tambahan di bahagian atas.

Shop Hijab Friday Headscarf 

Transkripsi Video

Hello peminat-peminat Zolace, selamat datang ke edisi pertama Gaya Hijab Jumaat. Minggu ini, kami membawakan anda tiga gaya hijab baru (Gaya Zahra) dengan hanya menukar satu langkah.

Kami menyukai gaya-gaya ini kerana ia amat mudah untuk dilakukan dan menutupi bahagian depan dan belakang secukupnya sambil menampilkan gaya yang menarik disebabkan dimensi tambahan di bahagian atas. Untuk tutorial hari ini, anda memerlukan tudung Zahra segi empat sama.

Tudung ini diperbuat daripada sifon berkualiti tinggi. Ia membentuk alunan yang cantik dan mudah untuk digayakan. Bersama tudung, anda memerlukan kerongsang kecil dan dua pin lurus. Mari kita mula.

Langkah 1: Pegang tudung pada kedua-dua hujung dan letakkannya di belakang kepala anda

Mula dengan memegang tudung pada kedua-dua hujungnya dan letakkannya di belakang kepala anda. Adalah penting bahawa satu hujung lebih panjang daripada yang satu lagi agar anda boleh memastikan bahagian depan anda tertutup dengan secukupnya setelah selesai.

Langkah 2: Sepit kedua-dua hujung bersama

Sepit kedua-dua hujung bersama di bawah dagu anda dan sematkan dengan kerongsang kecil. Bagus. Sebelah kanan sepatutnya lebih pendek daripada sebelah kiri.

Langkah 3: Letakkan tudung di belakang bahu anda

Sekarang, pegang bahagian hujung dalam setiap tangan. Letakkan tudung di belakang bahu anda. Pegang bahagian hujung dan bawanya naik sehingga separuh daripada bahagian atas kepala anda, dan biarkan kedua-dua hujung berjuntai rata dari bahu anda. Ambil satu pin lurus dan sematkan tudung di bahagian atas kepala. Hati-hati.

Langkah 4: Tarik fabrik ke bahagian sebelah tubuh, ke atas kepala anda

Majoriti fabrik adalah di sebelah kiri anda. Tarik fabrik ke bahagian sebelah tubuh, ke atas dan mengelilingi belakang kepala anda. Pastikan ia tidak ditarik terlalu ketat

Langkah 5: Sematkan dengan satu lagi pin lurus

Ia seharusnya selesa. Sematkan dengan satu lagi pin lurus dan Tarik tudung ke bawah dengan perlahan agar ia tidak berkumpul. Ia sepatutnya dililitkan dengan kemas mengelilingi muka anda.

Langkah 6: Ambil kedua-dua hujung dan sematkan dengan kerongsang

Ambil kedua-dua hujung dan sematkan dengan kerongsang dan sisipkan di bawah bahagian depan.

Gaya 1:

  Inilah gaya pertama kita, cara yang cantik dan mudah untuk memakai hijab anda

 Gaya 2:

Sekarang bahagian yang menyeronokkan bermula. Untuk gaya seterusnya, buka pin dari belakang bahagian depan tudung anda. Ambil bahagian kiri tudung, naikkan ke atas bahu dan pasangkan pin. Di sini, anda juga boleh menyesuaikan panjang yang anda ingin pin ke atas agar anda memastikan bahagian depan tertutup secukupnya. Mudah, bukan Baiklah!

Gaya 3:

Untuk gaya terakhir kita, buka pin dari bahu kiri anda dan biarkan tudung tergantung ke bawah dengan bebas. Sisipkan hujung segi empat di bawah bahagian depan tudung anda untuk menghasilkan hujung bulat yang cantik. Dan itu dia, tiga gaya mudah.

Lengkapkan Gaya Anda:

Untuk melengkapkan gaya keseluruhan anda. Kami suka memasangkan gaya hijab ini dengan Blaus A Layer To Love dan Skirt Potongan Pensil Command The Campaign Baiklah semua, saya tidak sabar untuk mendengar tip anda dalam komen di bawah tentang bagaimana anda suka memakai tudung Zahra anda.

Jangan lupa untuk melanggan di bawah. Kami akan kembali lagi minggu depan untuk satu lagi edisi Gaya Hijab Jumaat. Jumpa lagi.


Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals